Green Hot Chilie Padi

Green Hot Chilie Padi

Cara meletakkan jari di tali gitar dengan betul



Belajar bermain gitar untuk pertama kalinya sememangnya agak susah dan menyusahkan. Itu merupakan sesuatu perkara yang agak normal bagi mereka yang pertama kalinya memegang@menyentuh gitar.
Ianya juga sama seperti kehidupan manusia. Tidak ada bayi yang dilahirkan terus mampu berjalan seperti manusia biasa. Semuanya perlu bermula dari bawah sebagai contoh bayi dilahirkan hanya tahu menangis, seterusnya merangkak dan akhirnya mampu berjalan.
Bagaimana pula cara korang meletakkan jari kat tali gitar? Adakah korang pasti cara yang korang gunakan betul dan tepat. Kadang-kadang guitar tidak dapat menghasilkan bunyi yang jelas sekiranya jari yang kita letakkan kat tali gitar tidak kena dengan teknik dan caranya. Seolah-olah gitar itu sembelit kerana gagal menghasilkan bunyi yang jelas.
So, korang perlu mahir teknik ni bagi menghasilkan bunyi yang sedap dan jelas. Di sini saya selitkan video yang menunjukkan cara-cara meletakkan jari di tali gitar dengan betul.

No comments:

Post a Comment